Tuesday July 18, 2017
10:55 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Longgokan kontena di sebuah pelabuhan. Tiga kontena yang mengandungi daging kambing dan babi disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. — Foto Reuters Longgokan kontena di sebuah pelabuhan. Tiga kontena yang mengandungi daging kambing dan babi disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. — Foto Reuters JOHOR BARU, 18 Julai — Syarikat import yang dipercayai mempunyai sijil halal didapati melanggar peraturan dengan mencampur daging kambing dan babi.

Cubaan menipu daging import itu berjaya dikesan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) semalam, lapor Harian Metro

Empat kontena itu dengan berat dianggarkan 120 tan dan bernilai kira-kira RM2 juta disita di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor. 

Dalam tiga kontena sejuk beku, ketika dirampas jam 1 tengah hari, daging itu disusun bercampur, kata pengarah Maqis Johor dan Melaka, Siti Nur Ahmad.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan,” katanya. 

“Mereka sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia, namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol.”

Kes disiasat bawah Seksyen 11 (1) Akta Maqis. Syarikat itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline