Last updated Wednesday, September 28, 2016 6:24 pm GMT+8

Friday September 23, 2016
9:20 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis daerah Wangsa Maju menahan siswa, 20 tahun, bersama rakaman di asrama siswa dan puluhan lagi video lucah. — Paparan skrin Google Polis daerah Wangsa Maju menahan siswa, 20 tahun, bersama rakaman di asrama siswa dan puluhan lagi video lucah. — Paparan skrin Google KUALA LUMPUR, 23 Sept — Seorang pelajar lelaki sebuah kolej di sini ditahan kerana didapati merakam gambar video dalam asrama pelajar wanita kolej berkenaan Selasa lepas.

Ketua polis daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pelajar berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang penghuni asrama pelajar wanita berkenaan.

"Penghuni itu yang menyedari perbuatan tidak senonoh suspek kemudiannya melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

"Mangsa yang berada di bilik asrama bersama beberapa penghuni lain dilapor terlihat ada tangan yang memegang telefon bimbit di tingkap asrama mereka yang dipercayai sedang merakam gambar video.

"Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah menjerit dan melarikan diri serta melaporkan perkara itu kepada pihak warden asrama serta pensyarah kolej.

"Mangsa bersama pihak kolej kemudiannya membuat laporan polis manakala suspek ditahan pada hari yang sama," katanya kepada Bernama.

Mohamad Roy Suhaimi berkata pihak polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik pelajar lelaki itu dan hasil pemeriksaan menemukan dua rakaman video sepanjang 22 saat yang dirakam di asrama berkenaan.

Turut ditemukan ialah puluhan klip video lucah, katanya.

Beliau berkata suspek direman dua hari sebelum dibebaskan semalam dengan jaminan polis sementara menunggu hasil pemeriksaan forensik ke atas telefon bimbit miliknya.

Kes disiasat kerana menceroboh dan memiliki bahan lucah, katanya. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline