Tuesday September 12, 2017
4:36 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Paparan video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar pendek serta bersenjata parang mengamuk di sebuah restoran ― Foto ihsan Facebook/My Malaysia Paparan video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar pendek serta bersenjata parang mengamuk di sebuah restoran ― Foto ihsan Facebook/My Malaysia PARIT BUNTAR, 12 Sept — Lebih 20 pelanggan sebuah restoran di sini bertempiaran lari apabila seorang lelaki yang bersenjatakan parang tiba-tiba mengamuk awal pagi tadi.

Ismaily Abd Latif, 32, berkata dalam kejadian sekitar 1.40 pagi itu, dia bersama beberapa rakannya sedang minum di luar restoran berkenaan.

Beliau berkata ketika mereka sedang leka bersembang, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan dari dalam restoran itu melihat seorang lelaki tanpa baju dan hanya berseluar pendek sedang mengamuk.

“Saya bersama pelanggan lain bertempiaran lari apabila lelaki terbabit mengamuk sambil menghentakkan pisau pemotong ayam pada perkakas restoran berkenaan.

“Lebih mengejutkan dia turut mengacukan pisau kepada orang ramai dan pekerja premis yang cuba menenangkannya,” katanya.

Ismaily berkata selain menakutkan pelanggan, lelaki itu turut menterbalikkan perkakas di restoran itu termasuk kerusi dan meja sehingga ada antaranya yang rosak.

Pemilik restoran Rashid Khan Ismath Unoon, 41, memaklumkam akibat kejadian itu beliau mengalami kerugian sekitar RM15,000.

Menurutnya ketika kejadian beliau berada di Taiping dan kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu ketua polis daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya dengan kerjasama orang awam menahan lelaki berumur 33 tahun dari Pulau Pinang itu.

“Punca kejadian belum dikenal pasti dan suspek dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan,” katanya. ― Bernama 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline