Friday January 29, 2016
3:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua pengurusan kekayaan HSBC Malaysia Lim Eng Seong memberi taklimat tentang trend persaraan di Kuala Lumpur, 29 Januari 2016. — Foto oleh Saw Siow FengKetua pengurusan kekayaan HSBC Malaysia Lim Eng Seong memberi taklimat tentang trend persaraan di Kuala Lumpur, 29 Januari 2016. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 29 Jan — Hutang yang banyak dan tabungan yang rendah merupakan antara sebab utama rakyat Malaysia tidak boleh bersara.

Laporan oleh HSBC menyebut 91 peratus rakyat Malaysia berusia 45 dan ke atas, yang mahu besara dalam tempoh lima tahun akan datang, tidak dapat berbuat demikian disebabkan kekangan kewangan.

Ketua pengurusan kekayaan HSBC Malaysia Lim Eng Seong yang memetik laporan itu berkata lebih 18,000 orang dari 17 negara, termasuk 1,105 rakyat Malaysia, menyertai tinjauan dua bulan itu.

Peserta kajian menyatakan mereka tidak mempunyai simpanan yang mencukupi kerana bergantung semata-mata ke atas pendapatan, selain hutang pinjaman perumahan.

Mereka berkata bil kesihatan dan yuran pendidikan anak-anak sebagai sebab utama mereka tidak mempunyai tabungan yang mencukupi untuk bersara, katanya pada taklimat mengenai masa depan persaraan di sini hari ini.

Sejumlah 69 peratus rakyat Malaysia yang berusia 45 dan ke atas, mahu bersara dalam tempoh lima tahun akan datang jika keadaan mengizinkan, kata Lim. — Bernama

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline