Monday April 17, 2017
11:10 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pekerja di negara ini, khususnya pencarum Perkeso, tidak mengambil berat soal kesihatan, kata Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. — Foto ReutersPekerja di negara ini, khususnya pencarum Perkeso, tidak mengambil berat soal kesihatan, kata Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 17 April — Kira-kira 73 peratus pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengalami masalah kegemukan berlebihan, kata timbalan menteri sumber manusia.

Berdasarkan program saringan kesihatan Perkeso, 62 peratus pula mempunyai kolestrol tinggi, 27 peratus tekanan darah tinggi dan 9 peratus kencing manis, lapor Kosmo!.

“Statistik itu menunjukkan kurangnya kesedaran dalam kalangan pekerja khususnya pencarum Perkeso dalam penjagaan kesihatan,” kata Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.

Mempunyai 6.8 juta pencarum, badan perlindungan pekerja ini menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun mulai 2013.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline