Monday May 8, 2017
3:31 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Majoriti murid sekolah rendah di Ladang Kalumpang, Hulu Selangor menganjurkan demonstrasi dengan slogan 'kami nak cikgu.' — Foto ihsan Facebook/Eric Raam Majoriti murid sekolah rendah di Ladang Kalumpang, Hulu Selangor menganjurkan demonstrasi dengan slogan 'kami nak cikgu.' — Foto ihsan Facebook/Eric Raam KUALA KUBU BARU, 8 Mei — Sekumpulan murid sekolah Ladang Kalumpang mengadakan demonstrasi mendesak supaya kekurangan guru di sekolah itu diselesaikan.

Susulan itu Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan mengarah Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) mengisi jawatan dua guru baru di situ, lapor Sinar Harian.

Dalam bantahan di depan sekolah itu dua minggu lalu, kira-kira 70 murid dan ibu bapa mendesak masalah yang berlarutan sejak enam tahun lalu diatasi.

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berkata kekurangan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik menjejaskan pembelajaran pelajar.

“Sebab itu, kami mengadakan mogok [demonstrasi] bagi menyatakan desakan dan tuntutan secara serius berhubung masalah ini agar diselesaikan segera.

“Sekolah ini hanya mempunyai 10 guru bagi mengajar 88 murid," kata yang dipertuanya B Raj Kumar.

“Tapi tiada seorang guru pun yang dikhususkan untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Keadaan ini menyebabkan guru lain terpaksa mengambil inisiatif mengajar jika diperlukan."

Kamalanathan menjelaskan PIBG sekolah itu tidak membangkitkan isu tersebut sewaktu pertemuan pada 23 April lalu.

“Difahamkan JPS meluluskan dua guru berkenaan yang akan mula bertugas mulai Mei ini. Pihak pentadbiran sekolah sudah mengetahui perkara ini,” katanya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline