Last updated Sunday, January 22, 2017 11:56 pm GMT+8

Wednesday January 11, 2017
6:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Penduduk setempat membantah cadangan pembinaan perkuburan Cina di dalam kawasan perkampungan Melayu di Felda Bukit Cerakah hari ini. — Foto BernamaPenduduk setempat membantah cadangan pembinaan perkuburan Cina di dalam kawasan perkampungan Melayu di Felda Bukit Cerakah hari ini. — Foto BernamaKUALA SELANGOR, 11 Jan — Kira-kira 300 penduduk dari lima buah kampung di daerah ini mengadakan bantahan terhadap cadangan projek pembinaan tanah perkuburan Cina di Kampung Bukit Cerakah di sini, berikutan lokasi yang disifatkan tidak sesuai selain berhampiran dengan kediaman penduduk.

Lima kampung yang membantah projek itu ialah Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Kerayong dan Bandar Puncak Alam.

Wakil penduduk, Melan Ismail, 49, berkata lebih dikesalkan apabila pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memaklumkan projek tersebut kepada penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu.

“(Cadangan) pembinaan kubur di atas bukit yang terletak di tengah-tengah lima perkampungan yang didiami majoriti penduduk Melayu dilihat tidak sesuai.

“Lebih mengecewakan kami tidak diberitahu mengenai projek ini oleh pihak berkenaan dan hanya mengetahuinya apabila ternampak beberapa jentolak mula memasuki kawasan kampung untuk membuat jalan ke kawasan projek tersebut, Rabu lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, Melan menyeru PBT dan pihak berkaitan supaya meneliti serta mengkaji semula cadangan pembinaan tanah perkuburan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bandar Puncak Alam, Mohd Razib Mohd Talib berkata sekiranya projek itu diteruskan ia dikhuatiri akan menjejaskan ekonomi penduduk setempat selain membantutkan pembangunan di kawasan Puncak Alam.

“Kawasan ini didiami penduduk majoriti Melayu dan jika perkuburan Cina dibina di kawasan ini sudah pasti orang Melayu menolak untuk mendiami atau membeli kediaman di sini.

“Kami berharap juga pihak kerajaan negeri campur tangan dan menyelesaikan isu ini dengan segera,” katanya. — Bernama              

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline