Saturday May 20, 2017
9:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Umat Islam digalakkan beribadat termasuk banyak membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadan. -- Foto ReutersUmat Islam digalakkan beribadat termasuk banyak membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadan. -- Foto ReutersKUALA LUMPUR, 20 Mei — Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah Jumaat ini bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 26 Mei di 29 lokasi merangkumi:

    1. Pontian Kecil, Johor
    2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
    3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
    4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
    5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor
    6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor
    7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak
    8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
    9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
    10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah
    11. Menara Alor Setar, Kedah
    12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu
    13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
    14  Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
    15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
    16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
    17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai Kelantan
    18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan
    19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
    20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
    21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak
    22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
    23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
    24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
    25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
    26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.
    27. Menara Kuala Lumpur
    28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
    29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

— Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline