Thursday November 9, 2017
1:53 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Air pasang besar di Kedah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan. — Foto ihsan Facebook/Pusat Gerakan Banjir KedahAir pasang besar di Kedah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan. — Foto ihsan Facebook/Pusat Gerakan Banjir KedahSUNGAI PETANI, 9 Nov ― Jumlah mangsa banjir di Kedah pagi ini kekal 213 mangsa daripada 56 keluarga di satu lagi pusat pemindahan di Pendang.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata Dewan Rakan Sukan itu dijadikan pusat penempatan mangsa banjir dari mukim Ayer Puteh, Padang Pusing, Guar Kepayang dan Bukit Raya.

“Pusat pemindahan itu mula dibuka pada 5 November lalu,” katanya menerusi  kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini sedang dalam misi bantuan pasca banjir bagi membantu membersihkan rumah penduduk di kawasan terjejas banjir baru-baru ini. ― Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline