Thursday November 9, 2017
7:58 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Secara purata, pemandu di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 20 hari setahun untuk mencari ruang meletak kereta. — Foto ReutersSecara purata, pemandu di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 20 hari setahun untuk mencari ruang meletak kereta. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 9 Nov — Kesesakan lalu lintas di ibu negara dapat dikurangkan sebanyak 91 peratus melalui penggunaan sepenuhnya, perkhidmatan perkongsian kenderaan, menurut Boston Consulting Group (BCG), satu kajian yang ditauliahkan oleh Uber.

Pengurus Besar Uber Malaysia & Singapura, Warren Tseng berkata kajian itu adalah sebahagian daripada perkhidmatan Kempen #UnlockingCities oleh Uber bagi mengetengahkan faedah perkongsian kenderaan di bandar-bandar Asia, sekaligus membolehkan orang ramai menjimatkan masa, wang dan ruang.

“Dengan berkurangannya jumlah kereta, aliran trafik menjadi lancar dan kerajaan boleh menjimatkan wang yang terpaksa dibelanjakan untuk pembinaan jalan raya.

“Dalam jangka panjang, perbelanjaan ini boleh disalurkan bagi manfaat rakyat Malaysia dengan cara yang lebih baik,” katanya dalam satu taklimat media di sini hari ini.

Kajian itu berkata, kesesakan dan masalah tempat letak kereta telah menjejaskan orang ramai kerana ada yang terpaksa membelanjakan hampir RM16,000 setahun ke atas kos meletak kereta dan trafik.

Secara purata, pemandu di Kuala Lumpur menghabiskan masa selama 20 hari setahun untuk mencari ruang meletak kereta termasuk masa yang terbuang dalam kesesakan trafik, lebih tinggi daripada rantau Asia yang secara purata mencatatkan 19 hari, malahan, sebanyak 74 peratus pengguna kenderaan turut merekodkan kelewatan dalam temu janji atau acara penting.

Tseng berkata dengan lebih daripada 5.8 juta kereta di ibu negara, ia memerlukan sebanyak sembilan bangunan seluas Kuala Lumpur City Centre bagi meletakkan mereka.

“Kajian BCG mendedahkan bahawa KL hanya memerlukan 60 peratus daripada jumlah kereta di atas jalan. Baki kelegaan ruang itu adalah bersamaan dengan 140 taman tasik,” katanya.

Kempen #UnlockingCities bertujuan untuk menyerlahkan betapa pentingnya penyelesaian kepada masalah kesesakan serta ruang meletak kereta dan bagaimana penduduk boleh menggunakan penyelesaian yang inovatif seperti perkongsian kenderaan yang mampu menyerlahkan potensi sesebuah kota dengan hanya berkongsi sumber.

Kempen tersebut memakai penggunaan kotak kadbod untuk melambangkan kereta dengan sebuah filem pendek sepanjang 90 saat yang bertajuk “Boxes”.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan rakan kongsi Boston Consulting Group, Rick Ramli berkata, daripada kajian ini, untuk mengalakkan orang ramai mengurangkan kebergantungan mereka ke atas sistem pengangkutan yang kurang cekap, agensi-agensi kerajaan perlu mengadakan kerja sama yang lebih erat dengan platform perkongsian kenderaan.

Walaupun faedah-faedah perkongsian kenderaan adalah berbeza-beza, peningkatan yang ketara dalam penggunaan diperlukan dalam semua pasaran untuk merealisasi faedah secara berterusan.

“Gabungan tawaran perkhidmatan yang lebih baik daripada platform perkongsian pengangkutan serta sokongan daripada pihak berkuasa amat diperlukan bagi mencapai penggunaan yang diperlukan,” katanya. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline