Wednesday November 8, 2017
6:48 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta hangus di sebuah pangsapuri di Taman Cheras Utama. —   Foto ihsan Facebook/Kelab Info Rakan MudaSebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta hangus di sebuah pangsapuri di Taman Cheras Utama. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info Rakan MudaKUALA LUMPUR, 8 Nov — Sebanyak 15 motosikal dan sebuah kereta musnah terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat di sebuah pangsapuri di Taman Cheras Utama di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kejadian kira-kira 1 pagi itu disedari seorang saksi.

Hasil siasatan di tempat kejadian menemukan sebuah botol kaca kosong yang mempunyai bau minyak tanah. 

“Bomba sedang mengenal pasti punca kebakaran. Lima laporan polis telah diterima daripada pemilik motosikal yang terlibat dalam kejadian itu,” kata Ahmad Dzaffir ketika dihubungi hari ini.

Pemilik kenderaan terlibat akan dipanggil hari ini bagi membantu siasatan dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. — Bernama 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline