Tuesday October 31, 2017
3:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Dua bas dan sebuah lori tangki terlibat dalam bahas di Km178.4 lebuh raya PLUS arah utara dekat susur keluar persimpangan Jasin, Melaka. — Foto ihsan Facebook/DTTBDua bas dan sebuah lori tangki terlibat dalam bahas di Km178.4 lebuh raya PLUS arah utara dekat susur keluar persimpangan Jasin, Melaka. — Foto ihsan Facebook/DTTBJASIN, 31 Okt — Sepuluh orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, masing-masing bas ekspres dan persiaran, dan sebuah lori tangki bahan kimia di Km178.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dekat susur keluar persimpangan Jasin di sini, pagi ini. 

Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Noor Hisham Kamal berkata mangsa yang cedera ialah pemandu lori, pemandu bas ekspres dan lapan penumpang bas itu.

“Bomba menerima panggilan kejadian pada pukul 9.48 pagi sebelum tiba di tempat kejadian kira-kira seminit kemudian, dengan tiga jentera daripada balai bomba Jasin, Jasin Bistari dan Tangkak.

“Lori tersebut merupakan sebuah lori pembawa asid hidroklorik, mujur semasa kejadian lori tersebut tidak membawa apa-apa bahan kimia.

“Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan,” katanya pada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata punca kemalangan masih dalam siasatan, namun daripada maklumat awal difahamkan kejadian berlaku semasa bas ekspres tersebut cuba memotong lori tangki.

Lori tangki yang membawa asid terlibat dalam bahas di ebuh raya PLUS dekat susur keluar persimpangan Jasin, Melaka. — Foto ihsan Facebook/DTTBLori tangki yang membawa asid terlibat dalam bahas di ebuh raya PLUS dekat susur keluar persimpangan Jasin, Melaka. — Foto ihsan Facebook/DTTBKatanya, lebuh raya PLUS merupakan kawasan trafik yang selamat namun faktor teknikal atau sikap pemanduan pengguna jalan raya boleh menyebabkan kemalangan berlaku.

“Kepada semua pemandu tidak kira apa sahaja jenis kenderaan, patuhi had laju lebuh raya dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik, di samping sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” kata Noor Hisham.

Tinjauan Bernama di kawasan kejadian mendapati trafik terhenti sepanjang lebih 1km ke arah utara di kawasan kejadian akibat lori tangki itu melintang menghalang jalan manakala bas ekspres  itu terhimpit ke tengah pembahagi jalan.

Pihak PLUS kemudian membuka laluan kontra kira-kira 11 pagi ini di Km177.9 untuk menggerakkan aliran trafik.

Petugas media dimaklumkan bas persiaran terlibat hanya mengalami kerosakan di bahagian belakang dan telah dikeluarkan dari tempat kejadian ketika petugas media tiba.

Susulan kemalangan itu aliran trafik pada masa ini perlahan di kedua-dua arah. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline