Malay Mail Online

ProjekMMO

Tinggal isteri malam pertama demi bantu mangsa banjir

Sebuah jentolak digunakan untuk memindahkan mangsa banjir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pad 5 November 2017. — Foto oleh Sayuti ZainuddinBUKIT MERTAJAM, 10 Nov — Seorang sukarelawan meninggalkan majlis perkahwinan pada Sabtu lalu demi membantu memindahkan mangsa banjir di sini.

Kenny Ooi, pengasas Unit Bomba dan Penyelamat Sukarela Kota Permai, bergegas menukar pakaian selepas acara makan makan majlis itu.

Pemuda 28 itu terus menyertai sukarelawan lain membantu mangsa banjir di situ sehingga 4 pagi Ahad sebelum pulang ke rumah, lapor mStar Online.

Namun, lelaki itu hanya sempat tidur selama tiga jam sebelum membantu mangsa banjir di kawasan lain pada jam 9 pagi pula.

Isterinya Young Hui Ling pula amat memahami tugasnya bahkan tidak memarahi Ooi sekalipun beliau meninggalkan majlis makan malam itu lebih awal.

“Menyelamatkan nyawa orang lain sentiasa menjadi semangatnya dan saya memberikan galakan sepenuhnya,” kata Young seperti dilaporkan.

Ooi menubuhkan unit sukarelawan dan penyelamat ketika umurnya 19 tahun  selepas terjun ke dunia kesukarelawan tujuh tahun sebelum itu.

Sejak mengasaskan unit itu, beliau mula mengumpul dana untuk memiliki trak bomba dan premisnya sendiri.