Malay Mail Online

ProjekMMO

Lima polis Johor gagal ujian dadah ditahan

Polis Johor mengadakan ujian saringan dadah besar-besaran terhadap semua warga polis negeri itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor sejak 31 Oktober lalu.— Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 11 Nov — Seramai empat anggota berpangkat rendah dan seorang kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri ini ditahan berikutan gagal ujian saringan dadah.

Mereka berusia 25 hingga 35 tahun antara 60 peratus warga polis negeri itu yang menjalani ujian besar-besaran sejak 31 Oktober lalu, lapor Berita Harian.

“Lima warga PDRM Johor yang gagal saringan itu disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan menjalani tindakan perundangan seperti biasa,” kata ketua polis Johor.

Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata seramai 6,221 daripada 10,370 pegawai, anggota dan kakitangan polis sudah disaring di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Beliau berkata  berkata, baki 4,149 individu lagi akan disaring bagi  membanteras pembabitan warga polis dalam penyalahgunaan dadah.