Malay Mail Online

ProjekMMO

Dua pengkaji Sweden jumpa bahasa baru Jedek di Jeli

Beberapa penduduk di penempatan semula Orang Asli Sungai Rual di Jeli, Kelantan yang menggunakan bahasa Jedek. — Paparan video YouTube/Lund UniversityKUALA LUMPUR, 9 Feb — Dua pengkaji Sweden menemui bahasa Jedek yang ditutur penduduk di penempatan semula Orang Asli Sungai Rual di Jeli, Kelantan. 

Niclas Burenhult, profesor linguistik umum Universiti Lund, berkata mereka menemui bahasa itu semasa mengkaji bahasa Jahai di situ, lapor Kosmo!.

Bersama pelajar PhD Joanne Yager, mereka guna set soalan berbeza dan menemui “apa yang pakar antropologi terlepas pandang sebelum ini”. 

“Kami menyedari sebahagian kampung tersebut menggunakan bahasa yang lain,” kata Burenhult dalam satu kenyataan di Degruyter.com.

“Mereka menggunakan perkataan, fonem dan struktur tatabahasa yang tidak terdapat dalam bahasa Jahai.”

Katanya, komuniti yang tidak bercakap bahasa Jedek, tidak mempunyai kata kerja yang menunjukkan konsep pemilikan seperti pinjam, beli atau jual.

Namun bahasa itu mempunyai banyak frasa untuk menerangkan konsep pertukaran dan perkongsian, sekali gus mencerminkan cara hidup komuniti itu.

Video pendek bahasa Jedek boleh didengar di bawah: