Malay Mail Online

ProjekMMO

Diserang geng lelaki, polis lepaskan tembakan amaran

Polis Klang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam serangan ke atas seorang pegawai polis. — Paparan skrin GoogleKLANG, 6 Nov — Seorang pegawai polis diserang sekumpulan lelaki di Taman Sri Andalas di sini, malam tadi.

Beliau sedang memeriksa satu kemalangan ketika dipukul sehingga terpaksa melepaskan tembakan amaran sekitar jam 9.45 malam, lapor Berita Harian.

Nahas itu membabitkan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki dan perempuan, dipercayai kenalan kumpulan penyerang tersebut.

Kereta berkenaan melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan dan pemiliknya tiada di situ, kata seorang penduduk.

Selepas tembakan, semua suspek melarikan diri dan merempuh beberapa jiran di situ, yang  keluar rumah apabila terdengar dentuman kemalangan.

Beberapa orang cedera di kepala, tangan serta pinggang.

Ketua polis daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata empat lelaki dan seorang wanita kemudian ditahan dan direman sehingga 12 November ini.